Soalan Lazim
Peperiksaan/Ujian Khas |
SOALAN LAZIM URUSAN PERKHIDMATAN PENGESAHAN PERLANTIKAN 1. Mengapakah perlu mendapat surat kelulusan pengesahan lantikan? Surat kelulusan pengesahan pelantikan diperlukan untuk: 2. Apakah dokumen yang diperlukan untuk tujuan pengesahan pelantikan? (i) Surat setuju terima pelantikan (6A), 3. Bolehkah Gaji Permulaan diselaraskan ke mata gaji yang lebih tinggi berdasarkan gaji akhir? Boleh diselaraskan berdasarkan Peraturan 23(5) (P.U.(A) 176/2005) bagi pegawai yang telah disahkan kemudiannya dilantik ke dalam skim perkhidmatan yang lain, gaji permulaan pegawai itu hendaklah pada suatu mata gaji yang lebih tinggi dengan mengemukakan dokumen sokongan seperti berikut: PENGESAHAN PERKHIDMATAN 1. Bolehkah pemeriksaan kesihatan dilakukan oleh pengamal perubatan berdaftar di klinik swasta? Boleh berdasarkan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan,Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan)2005 P.U. (A) 176 Peraturan 19.(1) (a) yang menyatakan calon hendaklah diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar. 2. Bilakah seseorang pegawai awam layak disahkan dalam perkhidmatan ? Pegawai awam layak untuk disahkan dalam perkhidmatan setelah: 3. Apakah dokumen yang diperlukan bagi tujuan pengesahan dalam perkhidmatan ? (i) Borang perakuan pengesahan dalam perkhidmatan (Jadual Ketiga P.U. (A) 176) ; 4. Bilakah kelulusan pengesahan dalam perkhidmatan diperolehi? Surat kelulusan pengesahan dalam perkhidmatan akan dikeluarkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dalam tempoh empat (4) minggu setelah kementerian dan jabatan mengemukakan perakuan pengesahan dalam perkhidmatan yang lengkap. PERLANJUTAN TEMPOH PERCUBAAN 1. Berapa tahunkah pelanjutan tempoh percubaan boleh diluluskan?Mengikut peraturan 28(6) P.U. (A) 176 seseorang pegawai hanya boleh dilanjutkan tidak melebihi dua tahun manakala pegawai yang gagal mendapat sokongan ketua jabatan , SPA hanya melanjutkan tempoh percubaan selama satu tahun sahaja. PERTUKARAN SEMENTARA/PINJAMAN 1. Bagaimanakah Pertukaran Sementara/Pinjaman boleh dibuat? Pertukaran sementara/pinjaman boleh dibuat bagi mengisi kekosongan jawatan terbuka yang diperakukan oleh Ketua Perkhidmatan bagi gred 41 ke bawah atau Jabatan Perkhidmatan Awam bagi gred 44 ke atas selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1 tahun 2007 dengan mengemukakan dokumen berikut: (i) surat pelepasan Ketua Perkhidmatan 2. Bolehkah saya membuat Permohonan Pertukaran Pelantikan/Perkhidmatan? Pertukaran pelantikan/perkhidmatan boleh dibuat bagi jawatan dan gred yang sama berdasarkan Surat Pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Bilangan 1 Tahun 2005 dan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 17 Tahun 2002. |
| < Prev | Next > |
|---|