Soalan Lazim
Permohonan Jawatan |
SOALAN-SOALAN LAZIM MENGENAI URUSAN PROSES PERMOHONAN SEPARA PERUBATAN 1. Adakah pemohon yang sudah berkahwin boleh memohon jawatan dalam separa perubatan? Untuk makluman tuan, maklumat yang terkandung dalam iklan dan skim perkhidmatan separa perubatan dan latihan separa perubatan tidak menyatakan bahawa calon yang berkahwin tidak boleh membuat permohonan melalui Borang SPA 8. Oleh itu, tuan layak membuat permohonan sekiranya berminat. 2. Mengapa permohonan saya tidak disenaraikan dalam temu duga? Antara sebab-sebab utama pemohon tidak berjaya dalam urusan panggilan temu duga ialah seperti tidak melepasi asas tapisan dan tidak berjaya dalam peperiksaan khas yang dilaksanakan bagi jawatan berkaitan. Contohnya bagi permohonan jawatan Separa Perubatan pihak Suruhanjaya amat menekankan tapisan subjek Sains dan Matematik demi untuk mendapatkan calon-calon yang benar-benar sesuai serta berkebolehan untuk menjawat jawatan tersebut. 3. Mengapakah saya tidak berjaya dalam temu duga? Calon yang gagal temu duga kebiasaannya disebabkan prestasi semasa temu duga yang kurang memuaskan. Sebagai contoh, tidak membuat persediaan dari segi fizikal, tiada pengetahuan berkaitan jawatan yang ditemu duga, tidak membawa dokumen dengan lengkap, personaliti yang tidak bersesuaian dan lain-lain kriteria yang diambil kira oleh panel menemu duga. 4. Saya seorang pegawai yang sedang berkhidmat sebagai penjawat awam. Adakah saya dibolehkan membuat permohonan melalui Borang SPA 8i secara online melalui laman web? Boleh - iaitu melalui borang Pegawai Sedang Berkhidmat KPSL. Walau bagaimana pun, anda perlu membawa surat Pengesahan Ketua Jabatan semasa temu duga. 5. Kenapa permohonan saya melalui Borang SPA 8 ditolak? Permohonan boleh ditolak di atas beberapa sebab seperti berikut:
ALAMAT SURAT MENYURAT 1. Bagaimanakah caranya saya ingin meminda alamat surat menyurat dan pusat temu duga? Pemohon-pemohon boleh mengemukakan permohonan dengan menulis surat kepada Setiausaha, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Kedah Darul Aman, Wisma Negeri, 05520 Alor Star, Kedah Darul Aman, atau menghantar emel pertanyaan atau dengan melayari laman web SPA Negeri Kedah. Surat/emel tersebut hendaklah menyatakan nama, no kad pengenalan dan tujuan serta ditandatangani (jika melalui surat).
SURAT AKUAN PENDAFTARAN 1. Berapa lamakah masa yang diambil untuk dipanggil temu duga selepas mendapat Surat Akuan Pendaftaran dari SPA? Tempoh panggilan temu duga bagi seseorang calon bergantung kepada urusan pengambilan yang dilaporkan kepada SPA oleh pihak Kementerian/Jabatan, melepasi syarat-syarat skim sesuatu perkhidmatan dan tapisan yang ditetapkan. |
| < Prev | Next > |
|---|