|
Kami adalah bertanggungjawab untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan memuaskan hati pelanggan serta layanan yang adil dan saksama. Dengan itu kami berjanji: Menawarkan calon lantikan kepada Kementerian/Jabatan dalam tempoh 8 minggu daripada tarikh permohonan bagi jawatan yang tidak mensyaratkan ujian khas dan 16 minggu bagi jawatan yang mensyaratkan ujian khas. Keputusan pengesahan dalam perkhidmatan, pemberian taraf berpencen, pertukaran perkhidmatan dan urusan perkhidmatan lain disampaikan dalam tempoh 4 minggu daripada tarikh perakuan.
|